Tidak hanya pada hari raya, hari biasa pun kuih makmur sentiasa dicari. Kali ini kami ingin berkongsikan resepi kuih lejen dambaan ramai iaitu resepi kuih makmur.

Kuih Makmur popular di Kelantan dan Terengganu. Ialah sejenis kuih kering berbentuk bebola agak bulat diperbuat daripada ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau butter dan berintikan kacang tanah goreng, badam dan sebagainya.

Kuih makmur menggunakan gula aising digunakan untuk menepung atau menyalut kuih ini, gula kisar juga kadang dijadikan alternatif sebagai bahan gantian untuk gula aising.

Fatimah Az Zahra‎ berkongsikan resepi kuih makmur sedap dan mudah di laman Facebook. Tanpa tunggu lama, mari tengok resepinya di bawah ini.

Resepi Kuih Makmur

kuih makmur

Imej via Facebook

Bahan Doh:

  • 500 gram tepung gandum,
  • 200 gram ghee,
  • 2 sudu besar gula aising,
    (Gaul adunan sebati).

Bahan Inti :

  • 250 gram kacang tanah hancur,
  • 100 gram gula kastor,
  • 1 sudu besar butter,

Cara-cara :

  1. Gaul sebati bahan doh.
  2. Masukkan tepung dalam acuan. Tenyeh-tenyeh buat lubang untuk isi inti dan tutup.
  3. Bakar 20 min suhu 180/200°C (ikut oven).
  4. Selepas bakar baru keluarkan. Ketuk-ketuk sedikit belakangnya sampai terkeluar.

Bahan Salutan :

  • 100 gram susu tepung,
  • 100 gram gula aising.

Nota : Untuk rasa yang sedap guna susu tepung full-cream/whole milk. Biasa di kedai bakery jual 2 jenis, skim milk/whole milk. Skim milk warnanya lebih pucat daripada whole milk.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuih makmur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.