Seronoknya membuat kuih lapis jika menjadi. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Tapi itulah, nak membuat kuih lapis ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih lapis nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya.

Resepi daripada Mawar Merah ‎ini, InsyaAllah menjadi jika ikut sukatannya. Silap haribulan boleh dijadikan menu atau hidangan untuk menjamu tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang berkunjung. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya. Jangan risau, tak susah pun. Anda pasti boleh. Percaya dan berjaya.

Resepi Kuih Lapis

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1 liter santan (santan kotak kara 200 ml + air jadikan 4 cawan )
  • 250 gram tepung gandum ( 2 cawan )
  • 250 gram tepung ubi kayu ( 2 cawan )
  • 250 gram gula pasir ( 1 cawan )
  • 1 sudu kecil garam
  • Pewarna yang di sukai
  • Loyang 8×8 inci ( bulat atau 4 segi )

Cara-caranya:

  1. Pertama sekali panaskan kukusan
  2. Dalam satu bekas,campurkan semua bahan,kacau rata dengan whisk,tapiskan
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata,satu bahagian di letak pewarna,kacau rata
  4. Sediakan loyang,sapu sedikit minyak dan lapikkan plastik supaya kuih mudah di keluarkan ( tak nak lapik plastik pun tak apa,cuma sapukan sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang )
  5. Panaskan sebentar loyang dalam kukusan,ambil 2 senduk adunan bewarna,tuangkan ke dalam loyang,ratakan
  6. Kukus selama 6-7 minit,ambil pula 2 senduk adunan plain,tuangkan atas adunan bewarna,kukus selama 6-7 minit
  7. Buat langkah yang sama sehingga adunan habis ( lapisan yang akhir sekali kukus selama 20 minit )
  8. Bila kuih dah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong menggunakan pisau plastik yg di oles dgn sedikit minyak

Nota :

  • Pastikan air kukusan betul-betul mendidih dan balut penutup kukusan dengan tuala
  • Bahan seperti tepung, gula dan santan disukat menggunakan cawan metrik Kukus menggunakan api besar

Oh ya, selain dari resepi Kuih Lapis, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .