Seronoknya membuat kuih lapis jika menjadi. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Kuih lapis ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau pencuci mulut. Cukup menyelerakan tambah-tambah di bulan puasa.

Tapi itulah, nak membuat kuih lapis ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih lapis nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya.

Kebiasaanya yang kita pernah tengok kuih lapis merah putih kan. Resepi daripada Marlia Lia ‎ini menggunakan labu. Jadilah kuih lapis labu. InsyaAllah menjadi jika ikut sukatannya. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat luar padahal buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya. 

Resepi Kuih Lapis Labu

resepi kuih lapis
Imej via facebook

Bahan-bahannya:

  •  ¼ biji labu saiz sederhana (dikukus dan dikisar halus)
  • 4 cawan santan segar. (Dipanaskan atas api perlahan hingga suam kukus)
  • Dalam 1 bekas besar, campurkan dan gaul rata bahan² ini :
  • 2 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • ¾ – 1 cawan gula halus (dikisar gula supaya senang larut)
  • ¼ camca teh garam

Cara penyediaannya:

  1. Campurkan dan gaul rata bahan-bahan 2 cawan tepung beras, ½ cawan tepung gandum dan ½ cawan tepung jagung.
  2. Tuangkan santan suam tadi ke dalam campuran tepung tadi dan kacau sebati guna hand whisker kemudian tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan labu
  4. Panaskan kukusan hingga air mendidih.. panaskan loyang yang dah disapu minyak terlebih dahulu. Loyang dah betul panas baru boleh melapis. Kukus dengan api sederhana.
  5. Setiap lapis, kukus selama 5 minit.. Lapisan terakhir kukus selama 20-25 minit

Tips untuk pastikan kuih tak cepat basi, selepas siap mengukus, bukak penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10minit lagi. Biarkan wap air atas kuih mengering.

Oh ya, selain dari resepi Kuih Lapis labu, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.