Kuih Kaswi merupakan antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Boleh dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Tekstur nya yang lembut dan disalut kelapa parut mampu menarik perhatian orang ramai untuk menjadikannya sebagai kuih kegemaran terutama sekali golongan kanak-kanak dan warga emas. Mudah nak makan lah katakan.

Cara nak buatnya pun taklah susah mana. Main campur-campur bahan, masak, tuangkan atas loyang dan kukus. Dah siap masak, sejukkan dan boleh lah potong. Kemudian golekkan kuih kaswi yang telah dipotong tadi dengan kelapa yang telag diparut. Nak lagi sedap, campurkan sedikit garam pada kelapa parut tadi. rasa lemak-lemak, masin gitu. Memang naik umph lah.

Resepi yang dikongsi oleh Sabariah Bahasar sangat mudah difahami dan diikuti. Jom tengok bahan-bahannya dan cara penyediaanya. Bolehlah nanti buat jamu selera sekeluarga.

Resepi Kuih Kaswi

Resepi Kuih Kaswi
Image via Google Image

Bahan-bahannya:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh air kapur 
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • Sedikit kicap pekat manis (warna lagi cantik)
  • Daun pandan

Cara penyediaannya:

  1. Masakkan daun pandan , gula pasir dan gula merah bersama air hingga mendidih. Sejukkan. 
  2. Masukkan tepung dan kicap tadi bersama sedikit air kapur. Guna whisk or blend pun boleh.
  3. Tapiskan ke dalam loyang yang di sapu minyak
  4. Kukus dalam 15 minit untuk acuan kecil dan 40 minit dalam loyang
  5. Dah sejuk gaulkan bersama kelapa putih bergaram yang sudah dikukus

Mudahkan caranya? Rasa boleh buatkan? Selamat mencuba. Nak lagi seronok, proses membuat kuih kaswi ini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti dengan anak-anak. Mesti anak-anak seronok punya. Hanya sediakan bahan, campur, kukus dan golekkan dengan kelapa.

Oh ya, selain dari resepi Kuih Kaswi Goyang ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.