Ada yang tercari-cari resepi Kuih Cara Berlauk? Bolehlah jenguk-jenguk kat sini. Ada sesetengah tuh panggil Kuih Kura Terbakar. Kuih ini bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan minum petang untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun.

Jangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Suriati Muhammad .Kuih Cara Berlauk ini pasti sedap. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak menjamu tuh datangnya dari air tangan kita yang penuh kasih sayang. Jom tengok resepi nya.

Resepi Kuih Cara Berlauk

Imej via Facebook

Bahan-bahan untuk adunan tepung:

  • *2 1/2 cwn tpg gandum
  • *4 cawan pati santan
  • *Garam secukup rasa
  • *Pewarna kuning
  • *Sebiji telur

Cara-cara untuk adunan tepung:

  • Masukkan semua bahan-bahan, bancuhkan, kacau hingga sebati dan masukkan dalam mesin pengisar. Kisarkan.

Bahan-bahan untuk intinya:

  • *Ubi keledek 1/2 kg di potong dadu
  • *2 bungkus rempah kurma
  • *1 sudu besar lada hitam di tumbuk
  • *4 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *Gula dan garam secukup rasa
  • *Isi ayam @ boleh juga masuk udang.

Cara-cara untuk intinya:

  1. Tumis bawang sehingga garing.
  2. Masak rempah kurma sehingga pecah minyak.
  3. Masuk gula,garam secukup rasa.
  4. Masuk isi ayam @ udang
  5. Akhir sekali, masuk ubi keledek. Masak sehingga empuk.

Dah siap sedia kedua-duanya. Bolehlah mula men ‘cara’. Apa-apa pun sukatan di atas boleh dapat 57 biji tau. Dah banyak kan. Kalau nak buat bisnes sesuai sangat ikut resepi nih. Cara-caranya di bawah:

  1. Panaskan acuan,sapu sedikit minyak pada acuan dengan menggunakan daun pandan. Tuangkan adunan tepung, masukkan inti keledek ,tabur hirisan daun bawan, daun sup dan cili merah. Terus tutup dgn penutup. Pastikan api sekecil-kecilnya. Masak selama 10 minit.

Ringkas dan mudah kan? Bahan-bahan pun tak banyak perlu disediakan. Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Kuih Cara Berlauk ini dan resepi kami yang lain ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.