Kebiasaannya isteri-isteri kat luar sana dok terfikir-fikir nak masak apa untuk menu petang-petang atau sarapan nih. Buntu kan? Pening gak kepala kan. Pening-pening pun tetap nak cari juga menunya kan? Yela untuk keluarga tersayang kan? Hati senang jer kan bila dapat kenyangkan ahli keluarga. Jom cuba masakkan Kuih Bom. Mana tahu diaorang suka.

Kuih Bom ataupun juga dikenali sebagai Kuih Bijan ini merupakan kuih yang berinti kacang hijau yang diselaputi bijan. Kuih ini digoreng dalam minyak yang banyak seperti menggoreng pisang goreng. Rasa isinya yang kenyal, luarnya yang rangup dan inti kacang hijaunya yang lemak mampu membuatkan si pemakan nak lagi dan lagi. Kuih Bom ini boleh dibuat dengan inti kacang ataupun inti kelapa. Ikut selera masing-masing. Nak lagi debabom buat kedua-dua intinya.

Cara nak membuatnya cukup mudah dan senang. Sedap pula tuh. Lagi-lagi kalau buat nya dengan kasih sayang. Lagilah bertambah sedap. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Ogy Ahmad yang telah mendapat perkongsian ramai. Jom tengok resepinya.

📌 KUIH BOM / BIJAN

Resepi Kuih Bom
Imej via Facebook

Bahan-bahannya :

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 ketul ubi keledek (direbus dan dilecek)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu teh garam
  • Air untuk bancuhan
  • Bijan
  • Inti kelapa atau kacang

Cara-caranya :

  1. Satukan kesemua bahan kecuali air.
  2. Gaul sebati dan kemudian baru masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh dan bulat-bulatkannya.
  3. Masukkan inti kelapa/kacang dan golekkan dengan bijan.
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
  5. Kemudian, barulah digoreng.
  6. Goreng dengan api yg perlahan.

Mudahkan? Bolehlah makan waktu santai-santai petang nanti bersam teh ‘o’ panas. Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kuih Bom ini, kami juga menulis resepi yang lain. Terima kasih kerana sudi melawat blog kami ini. jemput membaca dan mencuba resepi yang lain ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .