Bahulu merupakan kuih tradisional yang lembut dan sedap. Terdapat pelbagai jenis bahulu seperti bahulu belimbing, ikan, cermai dan sebagainya. Tetapi ianya berbeza dengan menu yang lain kerana menu yang lain, jenis-jenis nya bukan bergantung kepada resepinya. Tetapi jenis-jenis kuih ini bergantung kepada bentuk acuannya yang di bakar. Dahulukala, kuih ini dibakar menggunakan sabut. Kini , ianya dibakar dengan ketuhar elektrik.

Kuih ini hanya memerlukan resepi yang ringkas sahaja iaitu telur, tepung gandum, gula pasir dan sedikit minyak. Caranya pun tak susah. Oleh itu, kuih ini masih kekal dan tak lapuk dek zaman. Tak percaya? Tengoklah di mana-mana sahaja masih ada yang ada menjualnya dan ada sesetengah tuh siap ambil tempahan sebagai doorgift, hantaran dan sebagainya. Cuma bervariasi kan bentuknya supaya lebih kreatif dan sesuai dengan majlis.

Resepi daripada‎ Noor Syaidah ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. Dah buat nanti bolehlah cicah dengan kopi ‘O’. Apa lagi, jom layan resepinya.

Resepi Kuih Bahulu Tradisi 

Resepi Kuih Bahulu
Imej via Facebook

Bahan-bahan (untuk 100 biji bahulu)

  • Tepung gandum (dalam 250g)
  • Telur (10 biji)
  • Gula (400g)
  • Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa)

Cara-cara membuat:

  1. Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat
  2. Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer atau bekas batter
  3. Masukkan 400g gula kedalam bekas mixer atau bekas tadi
  4. Masukkan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa
  5. Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)
  6. Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang. 
  7. Biarkan mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.
  8. Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut.
  9. Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana acuan tersebut sangat panas.
  10. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya. Orang biasa panggil ‘bentat’.
  11. Bakar di dalam oven pada suhu 180 – 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
  12. Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas. 
  13. Selesai membuat kuih bahulu.

Selain dari resepi Kuih Bahulu, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .