Apa menu dinner anda malam ini? Jm cuba resepi kuey teow kungfu ini. Makan kuey teow kungfu dengan orang kesayangan boleh jadi satu menu yang menarik dan pilihan terbaik.

Buat kuey teow kungfu sendiri sememangnya puas hati. Lebih-lebih lagi boleh letak macam-macam. Kalau beli di kedai boleh jadi seciput saja bahan yang diletaknya.

Cara buat kuey teow kungfu mudah sahaja. Melibatkab mee digaul dengan telur pukul dan digoreng. Dihidangkan dengan kuah kuey teow kungfu yang biasanya berisi sayur. Boleh letak isi macam-macam ikut selera.

Tidak sabar rasanya ingin kongsi resepi kuey teow kungfu. Tanpa tunggu lama, marilah tengok resepi kuey teow kungfu daripada Zur Ain Salim yang dikongsikan di laman Facebook seperti di bawah ini.

Resepi Kuey Teow Kungfu

kuey teow kungfu

Imej via Facebook

Bahan A :

  • 1 paket kuey teow,
  • 2/3 biji telur (dipukul),
  • Sedikit tepung jagung,
  • Minyak untuk goreng kuey teow,

Bahan B :

  • 6 ekor udang (buangkan kulit),
  • ¾ ekor sotong (potong kecil),
  • 3 ketul isi ayam (potong dadu),
  • 3 ulas bawang putih (cincang),
  • Bunga kobis (potong kecil),
  • Carrot (hiris halus),
  • 5 batang baby corn,
  • Sedikit sawi (potong kecil),
  • Sedikit minyak untuk menumis,
  • 2 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air (bancuhkan),
  • 2 sudu besar sos tiram,
  • 1 sudu besar lada sulah,
  • Garam dan sedikit gula.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, goreng telur dan mee dalam kuantiti sedikit hingga agak garing dan ketepikan (satu porsi untuk 1 pinggan). Pukul telur dan gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung (Bahan A).
  2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan sotong.
  3. Masukkan air, lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
  4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak berketul.
  5. Campurkan bunga kobis dan sawi.
  6. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau. Tutup api.
  7. Kemudian tuang kuah ke atas mee tadi dan sedia untuk dihidangkan.
  8. Sedap dimakan panas-panas.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuey teow kungfu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.