Ramai anak di sini kami rasa suka makan kuey teow goreng basah. Tiap pagi mesti ada yang meminta ibu untuk masakkan menu ini untuk sarapan.

Menu kuey teow goreng basah sedap dihidangkan sebagai sarapan.  Kuey teow digoreng basah, makan dengan sambal dan telur mata, ditambah sayuran seperti sawi, timun dan taugeh. Cara penyediaanya juga mudah sangat.

Kali ini resepi kuey teow goreng basah dikongsikan oleh Amna Safia di laman Facebook. Resepi ini amat mudah untuk dicubakan di rumah. Bahkan resepi ini boleh digunakan untuk berniaga.

Jom masak kuey teow goreng basah hari ini. Tidak perlu beli di kedai lagi lepas ini. Selamat mencuba.

Resepi kuey teow goreng basah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Koey teow 1 bungkus,
  • [email protected]@fishball, bersihkan dan toskan.
  • Sawi,
  • Kucai,
  • Togey,
  • Cili kisar 1 senduk, boleh kurangkan.
  • Sos cili,
  • Kicap lemak manis,
  • Penyedap rasa,
  • Air sedikit,
  • Bawang merah dan bawang putih diblend.

Cara-cara :

  1. Tumis semua bawang blend sampai wangi.
  2. Masukkan cili kisar tumis, kemudian baru masukkan sos cili dan kicap. Ikut ingin hitam sebanyak mana.
  3. Kemudian masukkan [email protected]@fishball.
  4. Masukkan air sedikit baru masukkan sawi dan cukup rasa.
  5. Kacau-kacau semua dan masukkan koey teow.
  6. Kacau lagi, bubuh tauge dan kucai.
  7. Kacau sekejap dan tutup api.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuey teow goreng basah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.