Antara menu minum petang popular yang akan kami kongsikan kali ini ialah kubis roll. Hidangan ini boleh ganti minum petang kudapan buat yang suka makan sayur.

Menu ini juga sesuai untuk yang berdiet. Bahkan yang tidak makan sayur pun juga boleh makan kerana tidak ada rasa sayur pun.

Yang menarik dari kudapan ini ialah, bahan-bahan inti ayam dan bawang dibungkus dengan kubis rolls kemudian dikukus. Jadi macam ala-ala Jepun.

Tanpa membuat anda tertunggu, kami datangkan resepi kubis rolls kredit kepada Siti Hajar Ismail‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Kubis Rolls Kukus

kubis rolls

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kubis (untuk roll),
  • Daun bawang untuk ikat,
  • Ayam kisar,
  • Bawang holland (cincang),
  • Carrot (cincang),
  • Hirisan daun bawang,
  • Garam,
  • Serbuk lada hitam,
  • Olive oil.

Cara-cara :

  1. Leraikan kubis, buat perlahan jangan sampai terkoyak.

    kubis rolls

    Imej via Facebook

  2. Celur kubis. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih.
  3. Gaul sebati semua bahan inti kecuali kubis dan daun bawang (untuk ikat). Satukan dalam bekas, inti tidak perlu dimasak, kerana masa kukus nanti ia akan masak.

    kubis rolls

    Imej via Facebook

  4. Gulung inti dengan kubis yang sudah dicelur.

    kubis rolls

    Imej via Facebook

  5. Kalau risau gulungan terbuka, ikat dengan daun bawang yang dicelur.

    kubis rolls

    Imej via Facebook

  6. Kukus dengan api sederhana lebih kurang 10-15 minit.
  7. Siap. Boleh makan begitu saja atau atau cicah sos.

    kubis rolls

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kubis rolls, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.