Sedapnya kalau boleh mencicah buah pelam aka mangga muda petang-petang. Tapi kuah rojak yang jual tuh kadang-kadang tak kena dengan selera. Ada yang terpedas lah, termanis lah. jadi apa kata kita buat sendiri kuah rojaknya. Bolehlah cicah dengan buah seperti mangga muda, kedondong, nanas, jambu nanti. Terbayang sahaja dah kecur air liur kot.

Sebenarnya tak susah pun nak buat kuah rojak sendiri di rumah. Bahan-bahan nya pun tak susah. Cara-caranya pun tak renyah. hanya perlu kisar bahan-bahan dan masak kuah nya untuk pekatkan. Kemudian bolehlah tabur bijan dan kacang. Mudah kan?

Resepi dari Nor Hafiza Ghazali‎ yang mendapat perkongsian ramai di laman muka buku ini pasti mudah diikuti dan dijamin sedap. Yang paling penting boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Apa lagi? Jom mencubanya. Boleh simpan buat stock nanti. Orang Kedah kata ” buat beda mencicah petang-petang nanti”. “Boleh ketagih tau”.

Resepi Kuah Rojak

Resepi  Kuah Rojak
Imej via facebook

Bahan-bahan:

  • 1 kg sos cili (paket) – kimball
  • 1 botol kicap pekat – Jalen
  • 1 bekas otak udang
  • 1 kg gula
  • 2 paket kecil serbuk cili (kalau suka pedas boleh tambah ye) 
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa 
  • Bijan (sangai dulu) 
  • Serbuk kacang tanah (ikut suka nak banyak mana)

Cara penyediaanya:

  1. Campurkan semua bahan (kecuali bijan & serbuk kacang).
  2. Masak atas api perlahan sampai sedikit pekat (jangan pekat sangat, nanti sejuk jadi lagi pekat).
  3. Masukkan bijan. Biarkan sejuk & masukkan 1/2 serbuk kacang. Kacau bagi sebati.
  4. 1/2 lagi serbuk kacang tabur masa nak hidang.

Mudahkan? Tak payah pening-pening fikir macam mana nak buat. Orang Kedah kata “kacang ja kan?” jadi apa lagi? Selamat mencuba ya. Tips kalau nak kuah rojak tahan lama, simpanlah di dalam peti ais. Boleh tahan sampai berbulan. InsyaAllah tak berkulat.

Oh ya, selain dari resepi Kuih Rojak ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.