Kuah kacang adalah resepi yang paling mudah, sementelah Syawal yang makin tiba. Menu ni selalu menjadi kegemaran ramai, ia bukan sahaja sedap dimakan dgn nasi impit, malah ia juga sedap dinikmati dgn lemang. Ada yang menambah daging dalam sesetengah resepi, ia bagi menambah keenakannya. Tapi secara asas kuah kacang menggunakan bahan yang sangat mudah.

Contohnya resepi dibawah ini, ia tidak perlu santan atau serai, walaupun diakui kedua bahan ini bahan yang sangat “common” digunakan dalam kebanyakkan resepi kuah kacang. Namun resepi ini adalah percubaan yang baik terutama bagi anda yang sukakan bahan yang mudah, rasa yang sedap dan tahan lama. Silalah cuba resepi kuah kacang umphhh ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Salina Aziz dan telah mendapat perkongsian yang sebegitu ramai di laman Facebook.

Resepi Kuah Kacang

Kuah Kacang

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kacang tanah 1.5 kg (nota: sangaikan tanpa minyak sehingga garing dan rangup, kisarkan menggunakan kisar kering dan terpulang kepada anda untuk membuang kulitnya atau tidak.)
  • Udang kering 200 g (nota: kisarkan menggunakan kisar kering.)
  • Cili kering (nota: kuantiti ikut kepada kepedasan tahap mana yang anda mahukan.)
  • Gula
  • Garam
  • Air asam jawa
  • Air (nota: masukkan agak agak untuk mendapatkan kepekatan yang dimahukan.)

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskan cili kering sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan udang kering, kacang dan air.
  4. Masukkan air asam jawa.
  5. Masakkan sehingga minyak timbul di permukaan kuah kacang.

    Kuah Kacang

    Image via Facebook

Nota: Sebelum tutup api, pastikan rasanya semua cukup. Rasanya boleh diperbaiki mengikut selera anda. Yang sudah tentu, tetamu anda pasti akan kagum dengan kemampuan anda menyediakan kuah kacang yang sebegitu sedap.

Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi kuah kacang, terdapat juga beberapa resepi lain yang anda boleh cuba. Resepi – resepi ini juga boleh dijadikan juadah semasa hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Jangan lupa untuk menekan butang share dan kongsikan resepi – resepi bersama yang tersayang!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.