Kebiasaannya gandingan nasi hujan panas adalah ayam masak merah, acar timun nanas dan dalca. Jadi jom kita fokus kepada resepi kuah dalca. Dimulakan dengan merebus kacang parpu dan kisar bersama-sama bahan lain. Dan kemudiannya, hanya perlu campur-campur kan bahan-bahan seperti ayam, daging dan sayur-sayuran terpilih seperti ubi, carrot, terung, pisang dan sebagainya. Rebus hingga mendidih dan tuangkan santan untuk mendapatkan rasa lemak pada kuahnya.

Mudahkan? Nak lagi jelas dan terang, jom lihat resepi yang dikongsikan oleh Muhammad Azhari di laman muka buku. Ianya mendapat perkongsian ramai. Selamat mencuba.

Resepi Kuah Dalca

dalca daging
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan kacang dhal
  • 1 pek serbuk kari daging(pek paling kecil)
  • 5 ulas bawang putih(dikisar)
  • 1 inci halia(dikisar)
  • 1 ulas bawang besar(dikisar)
  • 2 ulas bawang merah(dikisar)
  • [email protected] tangkai cili kering(dikisar)
  • daun kari
  • buah pelaga,kulit kayu manis&bunga lawang
  • kaki & tengkuk ayam
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 carrot
  • 2 biji terung bulat/panjang
  • sedikit kacang panjang
  • [email protected] keping asam keping
  • santan satu bji kelapa/santan kotak pek paling kecil

Cara-caranya:

  1. Cuci bersih dan masak/rebus kacang dhal dengan sedikit garam di dalam periuk hingga agak lembut lebih kurang 20 minit. Bila kacang dah lembut,padamkan api dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis buah pelaga,kulit kayu manis dan bunga lawang bersama daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan masukkan serbuk kari(bancuh dgn air) dan kacau sehingga pecah minyak. Masukkan santan dan kacau perlahan dengan api sederhana.
  4. Masukkan asam keping,kacang dhal, kaki & tengkuk ayam,seterusnya masuk ubi kentang dan lobak merah. Lebih kurang 10 minit,masukkan terung. 
  5. Tambah sedikit air sesedap mata memandang atau sehingga menutupi sayur.
  6. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan perasakan dgn gula,garam dan serbuk perasa.

Dah siap. Bolehlah dihidang bersama nasi hujan panas, ayam masak merah dan acar timun dan nanas. Selain resepi Kuah Dalca ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .