Ada tetamu nak datang? Tak tahu nak hidang apa? Buntu? Sebab menu-menu yang terfikir semuanya leceh dan makan masa. Jangan risau kami di bidadari boleh membantu anda. Ini dia menu mudah untuk tetamu sekelip mata sahaja dah siap. Tapi bukan menu biasa-biasa ya. Masih grand orang putih kata. Menunya adalah Kuah Bakso Indonesia. zup zap zup zap siap.

Kalau ada periuk pressure cooker macam Noxxa tuh lagilah. Siap boleh berehat tau. Dan yang paling penting bahan-bahannya pun tak susah nak mencari. Ok. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Ekynn Aziz.

Kuah Bakso Indonesia

kuah bakso indonesia

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Tulang daging
  • Bebola daging
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 batang serai dititik (tak nak letak pun takpe)
  • 1 helai daun pandan(tak nak letak pun takpe)
  • 1 1/2 kiub pati daging
  • Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
  • Garam secukup rasa
  • *2 biji bawang
  • *6 ulas bawang putih
  • *3@4 biji buah keras
  • *1 inci halia
  • *1 inci kunyit hidup
  • *1 sudu besar serbuk lada sulah (Kisar@tumbuk bahan bertanda *)
  • Serai dan pandan pilihan masing-masing
bebola daging

Imej via Facebook

Cara-caranya :

  1. Kisar@tumbuk bahan bertanda *.
  2. Rebus tulang daging selama 30 minit. Lagi lama lagi sedap.
  3. Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan blend@tumbuk, pandan dan serai titik.
  4. Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.
  5. Perasakan dengan garam dan ajinomoto @ maggi cukup rasa.
  6. Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye. Dah siap !
  7. Boleh makan dgn bihun, mee, kuey teaw. Resepi cili kicap ada di gambar.

Senang dan mudahkan? Boleh makan dengan bihun, mee, kuey teow.

Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kuah Bakso Indonesia ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya. Di sini ada resepi yang lain yang boleh dicuba.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.