Mana nak cari Koleh Lemak? Yela, nak jumpa orang jual kuih orang lama macam ni sekarang memang susah. Rata-rata yang jual di pasaran sekarang kuih moden dan citarasa baru. Kuih Tradisional ini sangat popular di kalangan warga pantai timur.

Jadi, kali ini kami kongsikan resepi kuih lama yang jarang dibuat orang sampaikan kalau dah teringin kenalah buat sendiri. Resepi yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar‎ mudah dan senang difahami ini mendapat perhatian pengguna laman muka buku aka Facebook. Bahan-bahannya pun sangat mudah dan ringkas.

Resepi Koleh Lemak

Imej via Facebook

Bahan-Bahan :

  • 2 cawan tepung beras
  • 6 cawan air sejuk
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 7 biji halba
  • 1 biji kelapa (dibahagi 3)
  • 1 cawan gula

i)Cara Membuat tepung :

1. Tepung beras dibancuh dengan air dan dikacau sehingga sebati.
2. panaskan, kacau hingga kering dan kental baru di angkat dan dituang dalam talam kecil. 3. Ratakan setebal 1 1/2 inci dan sejukkan.

ii) Cara Membuat Kuahnya:-

1. 2/3 daripada kelapa tadi diperah dan diambil santannya.
2. Masukkan gula, bawang, halia dan halba.
3. Masak sampai mendidih dan angkat.
4. Untuk memekatkan kuahnya, 2 sudu tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air dan dituangkan ke dalam kuah tadi.

iii) Cara Membuat Sambal:-

1. 1/3 daripada kelapa tadi digoreng dengan api yang sederhana, bila garing, angkat dan tumbuk 1 hiris serai, 3 ulas bawang merah, 3 hiris halia dan tumbuk sampai lumat.
2. Masukkan 1 ekor ikan kembung yang dibakar dan digaul dengan sambal tersebut.

Dah siap. Bolehlah makan bersama seisi keluarga. Silakan share resepi ini jika ianya menepati apa yang anda cari. Selain dari resepi Koleh Lemak ini, anda juga boleh mencuba resepi menarik yang lain. Selamat mencuba.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .