Nasi gulung Korea atau nama popularnya Kimbap atau Gimbap. Nasi gulung Jepun pula dipanggil Maki Sushi. Konsep hidangan yang sama tapi sedikit berbeza. Menu ini antara menu yang boleh diubah-ubah bahan intinya. Yang asasnya dalah nasi dan kepingan rumpai laut kering. Intinya boleh dipelbagaikan di mana kebiasaan intinya mengandungi protein dan sayuran. Jadi boleh dikira, menu ini cukup nutrisi nya iaitu karbohidrat dari nasi, protein dan sayuran dari intinya dan rumpai laut.

Dibawah ini kami kongsikan resepi kimbap korea yang telah dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Resepinya mudah sahaja. Jemput baca dan mencubanya. Tapi ingat ya, tikar pengguung adalah wajib ada. Tikar ini digunakan untuk menggulung kimbap tersebut supaya lepas rapat dan kemas dan tak berderai bila makan.

Resepi Kimbap Korea

Kimbap Korea

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • Kepingan rumpai laut
  • 1 ikat bayam hijau
  • 1 biji timun
  • 1 biji lobak merah
  • 3 biji telur ayam
  • Hirisan daging/ ayam/ filamen ketam/ sosej
  • 2 cawan beras jepun jenama Sumo
bahan kimbap korea

Imej via Facebook

Cara-cara penyediaannya:

  1. 2 cawan beras ditanak seperti biasa menggunakan sukatan jari. Boleh sahaja nak guna beras biasa pun, tapi tanak biar lembut tapi tidak lembik.
  2. Sementara tunggu nasi, bolehlah sediakan bahan-bahan unuk dijadikan inti.
  3. Bagi intinya. Petik bahagian bayam yang lembut, rebus 2 minit , angkat dan toskan. Timun dipotong panjang dan di buang bahagian bijinya. Bagi lobak merah pula, dibuang kulit dan juga dipotong memanjang dan kemudiannya di sangai di atas kuali. Boleh taburkan sedikit garam atau perasa. Telur ayam pula, dimasak seperti telur dadar dan potong memanjang. Akhir sekali, bagi hirisan daging ini, diperapkan terlebih dahulu dengan lada dan garam secukup rasa sebelum dimasak sekejap di atas pan.
  4. Setelah nasi siap, letakkan ke dalam mangkuk, tambahkan 1 sudu kecil minyak bijan dan secubit garam halus, gaul rata.
inti kimbap korea

Imej via Facebook

Dah siap bahan-bahan untuk membuat gulungan kimbap. Mudah kan? Tak perlu nak masak-masak beria pun. Jadi seterusnya, bolehlah mebuat gulungan  kimbap ini satu persatu. Nak lagi seronok buatlah ramai-ramai. Boleh dijadikan aktiviti untuk merapatkan ukhuwah tau.

Cara susunan gulungan Kimbap:

1. Tebar tikar penggulung.
2. Alas sekeping rumpai laut.
3. Rata kan nasi ke atas rumpai laut. (Pastikan ada ruang seperti gambar di bawah)

nasi rumpai laut

Imej via Facebook

4. Letak inti satu per satu. Jangan kedekut, lagi banyak inti lagi sedap.

susunan kimbap korea

Imej via Facebook

5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar kimbap menjadi kemas.

cara menggulung kimbap

Imej via Facebook

6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu persatu.

gulungan kimbap korea

Imej via Facebook

7. Boleh letak mayonis ke atas kimbap (Pastikan jenama Kewpie)
8. Sedia dihidang.

Dah siap gulung? Boleh lah dipotong, agak-agak satu inci. Selain resepi Kimbap Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.