Hmm.. hujung minggu nih tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Nak idea atau cadangan menu tengah hari? Apa kata cuba masakkan Ketam Salted Egg. yela kalau asyik-asyik menu sama.. bosan jugalah kan. Lagipun menu salted egg ini boleh dipelbagaikan. Tidaklah semestinya ketam sahaja. Kalau dah jemu dengan ketam. Tukarlah. Mudahkan? Tak payah pening-pening.

Jadi untuk kali ini, kami kongsikan resepi Ketam Salted Egg Pekat dan Pasti Sedap yang dikongsikan oleh Dibb Dibz yang menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dan cara penyediaannya pun ringkas dan senang. Apa lagi jom tengok resepinya.

Resepi Ketam Salted Egg

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 2 ekor Ketam
  • 4 sudu besar Mentega
  • 3 biji Bawang Putih dicincang
  • 6 btg cili padi dipotong (terpulang kalau nak pedas boleh tambah, tak nak pedas kurangkan)
  • Daun kari lebih kurang setangkai
  • 3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja. Dan 1 biji diambil putihnya- hancurkan)
  • 1/2 tin Susu Cair
  • Sedikit garam jika perlu
  • Sedikit gula jika perlu

Ketam goreng

  • Dua sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • Sedikit garam

Cara-caranya:

1. Bersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk bahagian sepit yang keras bagi retak untuk senang makan. Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.

2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat. Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.

4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang!

Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Ketam Salted Egg ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .