Hari ini kami bawakan sebuah resepi yang amat istimewa iaitu resepi ketam masak lemak cili api. Tahukah anda, resepi ini amat mudah untuk disediakan?

Ketam masak lemak cili api boleh dijadikan sebagai masakan tengah hari ataupun makan malam. Dengan resepi ini, anda boleh menyediakannya sendiri serta ianya lebih bersih dan harganya juga sudah tentu lebih jimat.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Eqin Norzan di Facebook milik beliau.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

ketam-masak-lemak
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ketam (lebih kurang 6 ke 8 ekor)
  • Segenggam cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit serbuk/kunyit hidup
  • Asam keping
  • Serai di titik
  • Santan secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan atau tumbuk cili padi, bawang dan kunyit hidup.
  2. Di dalam periuk, masukkan air dan ketam bersama dengan bahan yang telah dikisar.
  3. Masukkan asam keping, serai dan garam.
  4. Tunggu sehingga ketam bertukar warna agak kemerahan, kemudian masukkan santan.
  5. Kacau selalu supaya santan tidak pecah.
  6. Perasakan kuah mengikut selera anda.
  7. Sekiranya tak cukup warna, bolehlah ditambah serbuk kunyit.
  8. Biarkan mendidih.
  9. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.