Satu lagi resepi ketam yang banyak dicari. Iaitu resepi ketam masak lemak cili api. Mesti anda sudah lama tercari resepi ketam yang sedap bukan?

Ketam masak lemak cili api hidangan yang jadi kegemaran ramai. Ia dimasak dengan kuah santan dan cili api yang membuat rasa masakan ini lemak pedas.

Masakan ini sedap dimakan dengan nasi putih. Dijadikan lauk untuk makan tengah hari dan malam. Gerenti encik suami suka dan mertua mesti puji masakan anda.

Tunggu apalagi, jom buat resepi ketam masak lemak cili api yang dikongsikan oleh Nur Kasih Fiezaimi Fiza‎ di laman Facebook seperti berikut di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

ketam masak lemak cili api

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • Kunyit hidup,
  • Halia,
  • Cili api.
    *Blender semua bahan.
  • Serai dititik,
  • Asam keping,
  • Daun limau purut,
  • Santan,
  • Minyak,
  • Ketam 4 5 ekor.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan masukkan serai.
  2. Masukkan bahan blender tadi tumis sampai naik bau dan pecah minyak.
  3. Jika sudah pecah minyak masukkan daun limau dan asam keping.
  4. Terus masukkan sekali ketam.
  5. Gaul ketam bagi sebati dan masukkan santan.
  6. Masukkan 2 kotak santan air. (Ikut ingin kuah sebanyak mana).
  7. Masukkan garam dan aji. Jangan lupa kacau selalu takut pecah minyak nanti.
  8. Bila sudah mendidih, maknanya lauk sudah masak. Sedia dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ketam masak lemak cili api, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.