Siapa suka kudapan kerepek bawang?

Kami hadirkan resepi kerepek bawang mudah, sedap dan garing daripada Nur Hidayu di laman Facebook. Sangat sedap dan sesuai untuk hidangan masa raya nanti.

Raya kali ini anda tidak perlu beli kerepek bawang lagi. Buat sendiri dapat banyak puas makan tetamu. Cara membuatnya senang saja. Bahan-bahan yang diguna juga mudah.

Kerepek bawang yang sedap kenalah rangup, garing dan nipis jadi tidak keras dimakan. Kerepek ini kegemaran semua orang tidak kira tua muda dan kanak-kanak mesti suka. Selamat mencuba.

Resepi Kerepek Bawang Sedap

kerepek bawang

Imej via Facebook

Bahan doh pedas :

  • 3 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu cili boh,
  • Bawang besar 2 biji (blend),
  • Bawang putih 6 ulas (blend),
  • Garam,
  • Aji,
  • Air.

Bahan doh putih :

  • 3 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu marjerin,
  • Garam,
  • Aji,
  • Air.
    (Uli bahan hingga jadi doh)

Cara-cara :

  1. Canaikan doh putih dan doh pedas sehingga nipis.
  2. Ambil doh putih dan letakkan doh pedas di atas doh putih tadi.
  3. Gulung doh dan hiriskan nipis.
  4. Goreng sehingga kekuningan.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kerepek bawang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.