Resepi Kerang Rebus Air Asam merupakan salah satu resepi yang amat sihat untuk disediakan kerana kandungan karbohidratnya yang kurang. Oleh itu, ianya amat sesuai untuk sesiapa sahaja.

Resepi Kerang Rebus Air Asam ini juga merupakan hidangan yang mudah untuk disediakan kerana cara pembuatannya yang ringkas serta bahannya yang mudah untuk didapati. Jadi, jom kita sediakan!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Akma Abdullah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Kerang Rebus Air Asam

resepi-kerang-rebus-air-asam
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Serai
  • Garam
  • 8 biji bawang kecil hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih (direbus dan ketuk)
  • Air asam jawa
  • Belacan bakar
  • Cili
  • Tomato
  • Gula
  • Ketumbar

Cara – cara penyediannya:

  1. Rebus kerang bersama serai dan garam.
  2. Kemudian kopek dan buang cengkerang sebelah.
  3. Satukan semua bahan di dalam satu bekas kecuali air asam jawa, tomato dan ketumbar.
  4. Masukkan sedikit air asam jawa dahulu, kemudian picit cili, belacan dan bahan-bahan lain.
  5. Masukkan air asam sehingga habis dan gaul rata.
  6. Masukkan kerang ke dalam bekas dan curahkan air asam jawa di atas kerang.
  7. Masukkan tomato dan taburkan daun ketumbar kemudian kacau rata.
  8. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.