Tercari resepi kerabu sotong? Resepi kerabu sotong terlajak sedap kali ini didatangkan daripada Baizura Abd Aziz di laman Facebook.

Cara memasak kerabu sotong amat mudah. Ingat! Sotong senang menjadi liat. Sotong harus direbus dahulu tapi jangan rebus terlalu lama nanti sotong jadi liat. Sotong haruslah juicy untuk menjadikannnya sedap dimakan.

Kerabu sotong biasanya disantap bersama bersama nasi putih. Jadi makin berselera makan.

Tanpa tunggu lama, mari buat kerabu sotong mengikut resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Kerabu Sotong

kerabu sotong

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang putih,
  • Bawang merah,
  • Cili,
  • Sos tiram,
  • Tomato,
  • Kacang panjang,
  • Daun ketumbar,
  • Asam limau nipis,
  • [email protected] kaki ayam,
  • Suhun (opsional),
  • Gula,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Cincang bawang putih halus-halus 3-4 ulas, masukkan kedalam 3 sudu sos ikan.
  2. Masukkan cili.
  3. Kemudian perahkan asam limau, 2 sudu sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
  4. Selepas itu, masukkan sotong yang telah direbus bersama suhun yang telah direbus.
  5. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran tomato, kacang panjang, daun ketumbar.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kerabu sotong, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.