Seronoknya dapat balik kampung. Boleh makan kerabu pucuk paku puas-puas. Kat bandar-bandar nih ‘limited’ sikit. Yela kat bandar semua mahal-mahal walaupun hanya sekadar pucuk paku. Satu lagi susah juga nak dapatkan pucuk paku ini. Tapi kalau nak lepas gian tuh boleh jela belinya. Tak de masalah. Satu lagi masalahnya, susah juga nak dapatkan pucuk paku kat bandar nih. huhu.

Bahan utama kerabu pucuk paku ini adalah pucuk paku yang dicelur digabungkan dengan kelapa yang telah diparut, bawang dan sambal cili padi. Bahan tambahan lain seperti ikan rebus, ikan bilis, udang kering, ikan masin atau sebagainya kebiasaannya akan ditambah suntuk menyedapkan lagi menu masakan.

Siapa-siapa yang ada rasa-rasa nak ‘eat clean’ bolehlah cuba menu kerabu pucuk paku ini. Jadi, bolehlah tengok resepi dari Bahiah Saripuddin yang dikongsi di laman facebook yang mendapat kegemaran ramai. Caranya pun mudah dan nampak sedap.

Resepi Kerabu Pucuk Paku

Resepi Kerabu Pucuk paku
Imej via facebook

Bahan – bahan yang diperlukan:

  • 2 ikat pucuk paku.
  • 1 biji santan bahagi dua ; separuh goreng separuh ambil santan.
  • 4 ulas bawang merah
  • Sesudu kecil lada hitam
  • 3 ekor ikan selayang rebus
  • 1/2 sudu makan garam
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • Sedikit air untuk merebus pucuk paku

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan air sehingga mendidih. Bilaendidih baru masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan.
  2. Kelapa bahagikan dua. Separuh blendarkan dengan segelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
  3. Tips goreng: bila pegang ia rasa rangup dan senang nak hancurkan.
  4. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.
  5. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahaj perasa garam dan gula.
  6. Boleh masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Just nice nak bagi basah sikit sikit.

Dah siap! Selamat mencuba. Selain daripada resepi ini, kami ada juga kongsikan resepi menarik yang lain.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.