Sebut sahaja Maggi, pasti ramai yang gemarkannya. Boleh dikatakan setiap orang memang sukakan maggi ni tidak kira tahap dan usia, dari muda sampailah tua, memang maggi sangat sedap dimakan. Jika tidak dimasak sekalipun, hanya dengan meratah seperti jajan pun sedap sekali. Namun disebabkan ia tergolong dalam fast food dan tidak bagus untuk kesihatan, pengambilannya harus diterhadkan atau dihentikan terus.

Jika nak makan sekali sekala tu, tak de masalah pun. Makan jelah selagi boleh makan, selagi kita masih berselera untuk makan. Bila selera dah tak de, makanan yang paling sedap kat atas dunia ni pun belum tentu kita dapat makan. Jika ada alternatif maggi yang lebih baik seperti yang tiada bahan-bahan pengawet atau bahan-bahan yang dapat membahayakan tubuh badan kita, cubalah beralih ke arah itu. Spend duit lebih sikit pun tidak mengapa asalkan kesihatan kita terjaga.

Satu resepi yang sangat sedap menggunakan maggi ialah dengan membuat kerabu maggi. Rasa kerabu maggi ni sedap sangat; ada rasa masam-masam dan pedas. Memang gabungan rasa yang meletup! Lagipun, senang je nak buat kerabu maggi ni. Letak sayur banyak-banyak bagi berkhasiat sikit menu anda tu ya!

Jadi, resepi kerabu maggi kali ini adalah dari saudari Tuannoorsuriya yang sudi berkongsi resepinya di Facebook. Kerabu maggi ini ialah versi siam. So, maklum sahajalah semestinya pedas-pedas sikit baru Wow! Papepun, terpulang pada anda untuk adjust dari segi rasanya ya. Selamat mencuba!

Resepi Kerabu Maggi Siam

Kerabu Maggi Siam

Image via Facebook

Bahan-bahan:

1 paket maggi siam Serda (tak tahu boleh google)
Sotong, sosej, isi ketam, fishcake (ikut suka)
Sayur² dhiris halus ( xkisah nak ltak apa):
– tomato
– Bawang merah
– Salad
– *kubis bulat
– *carrot
– *cendawan butang
*dicelur

Bahan Lain dan Cara Penyediaan:

Blend bawang merah sebiji,bawang putih seulas, lada besar sebiji, cili api sebiji, air secukupnya.. Lepas blend, masak dlm periuk.. Tambahkan cuka makan, gula, garam dan sos ikan. Dah mendidih tutup api.

Cara Penyediaan:

1. Celur maggi dan toskan
2. Tambah perencah maggi
3. Masukkan bahan² yang dicelur dan sayuran tadi
4. Tambah sos yang dimasak tadi sehingga mendapat rasa yg diingini (Cadangan:3 senduk kecik)
5. Gaul rata.
6. Kalau mahu pedas, tambah serbuk cili.
7. Boleh makan.

Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang kami paparkan yang boleh anda cuba. Jemputlah untuk lihat kesemuanya ya. Dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.