Kek Span merupakan kek asas dalam pembuatan beberapa resepi kek dan pemanis mulut. Antaranya Kek Snow, Kek Trifle, Puding Trifle dan sebagainya. Tapi kalau nak kekal dengan kek span pun ok jer. Sedap juga rasanya.

Nak buat Kek Span ini tidaklah susah mana. Resepinya super duper mudah dan senang. Bahan pun tak leceh nak cari. Boleh dapatkan dekat mana-mana kedai runcit. Lagi satu, cara nak buatnya tak secerewet jenis kek yang lain. InsyaAllah akan jadi.

Ini resepi Kek Span yang dikongsikan oleh Nor Azila Ariffin di laman facebook yang menjadi kesukaan ramai. Resepi ini menggunakan pandan sebagai perasa. Boleh jer nak tukar-tukar perasanya kepada apa yang anda suka. Oren ke. Kopi Ke. Vanilla ke. Terpulang. Jom tengok resepinya.

Ini resepi Kek Span yang dikongsikan oleh Nor Azila Ariffin di laman facebook yang menjadi kesukaan ramai. Resepi ini menggunakan pandan sebagai perasa. Boleh jer nak tukar-tukar perasanya kepada apa yang anda suka. Oren ke. Kopi Ke. Vanilla ke. Terpulang. Jom tengok resepinya.

Resepi Kek Span Pandan

Resepi Kek Span
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

Bahan A (Kek)

  • 6 biji telur *
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu besar baking powder *
  • 3/4 cawan gula *
  • 1 sudu besar ovallet *
  • 8 sudu besar susu segar *
  • pewarna hijau*
  • paste pandan coconut*
  • 6 sudu besar minyak masak

Bahn B (Kastard Pandan)

  • agar2 tali 12 gm
  • air
  • santan kotak 400ml
  • tepung hoe kwee 100gm
  • gula
  1. Mula-mula, pukul bahan bertanda * smpai gebu.
  2. Kemudian, masukkan minyak masak dan kacau hingga sebati.
  3. Alas loyang dengan baking paper dan sapukan mentega pada dinding loyang. Tuangkan adunan yang telah sebati dan bakar sampai masak.
  4. Bagi kastard pandan pula, masak agar-agar tali dengan air sehingga hancur.
  5. Kemudian apabila gar-agar sudah hancur masukkan gula dan kacau sehingga gula larut dan mendidih.Tutup api.
  6. Tambahkan tepung dan santan. Gaul hingga sebati.
  7. Kemudian buka api secara perlahan dan kacau sehingga pekat.
  8. Akhir sekali bolehlah lapiskan kek dan kastard secara bergilir.

Dah siap. Bila dah sejuk. Bolehlah dihidangkan untuk tetamu, sanak sauara dan sahabat handai. Pasti kena puji. Selain resepi Kek Span Pandan ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .