Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, kek coklat dan sebagainya. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Sarang Semut pula. Kek sarang Semut merupakan kek gula hangus yang tekstur nya seperti sarang semut. Kadang-kadang ia juga dikenali sebagai kek sarang lebah. Boleh di bakar ataupun dikukus.

Kek Sarang Semut ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai, minum petang bersama teh ‘O’ panas. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat Kek Sarang Semut nih. Cepat dan Mudah.

Kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Bolehlah ambil tempahan dari kenalan- kenalan. Hasil jualan nya, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan untuk keluarga. Yela bahan dan cara-caranya pun mudah. Sesuailah untuk yang bekerjaya.

Resepi Kek Sarang Semut yang dkongsikan oleh Norhaliza Hussein , bukan sahaja mudah dibuat tetapi memang sedap. Jom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya.

Resepi Kek Sarang Semut

Resepi Kek Sarang Semut
Imej via Google

Bahan A:

  • 2 cawan gula dihanguskan
  • 2 cawan air mendidih 
  • (bila gula dah hancur dan perang masuk kan air mendidih)
  • Tambahkan 4 sudu makan butter
  • Tutup api dan sejuk kan.

Bahan B:

  • 6 butir telur
  • 1 sudu makan esen vanila 
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan C:

  • 1 + 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan soda bikarbonat
  • (ayak bersama)

Cara pembuatannya :

  1. Pukul manja Bahan B, masukkan Bahan C
  2. Kacau hingga sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan bahan A, gaul sebati dan tapis masuk ke dalam loyang.
  4. Perapkan adunan selama 4 jam sebelum di bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama sejam atau sehingga masak.

Selamat mencuba.

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi Kek Sarang Semut ini, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .