Banyaknya pisang, tapi tak tahu nak buat apa? Goreng sudah, lempeng sudah, cekodok sudah. Bosan dan buntu? Apa kata cuba buat Kek Pisang. Minum bersama kopi ‘O” panas. Sedap juga tuh. Senang pun senang. Yela, bahan yang diperlukan tak banyak dan caranya pun mudah. Tambahan lagi, boleh simpan untuk beberapa hari.

Bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan pemanis mulut untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun.

Tapi itulah, nak buat Kek Pisang ini, untuk dapatkan rasanya tiada masalah. Cumanya nak menjadikan tekstur apam pisang gebu dan naik adalah sedikit sukar. Kadang-kadang masa panas tuh nampak macam gebu dan naik cantik jer, tapi bila dah sejuk dah jadi lain. Frust sikit lah kan.

Jangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi yang ditulis Noorsuziyati Misman .Resepi ini mudah difahami dan diikuti. Meurut beliau anak-anak istimewa pun dah bakar kek pisang nih. Jom tengok resepi nya.

Resepi Kek Pisang

resepi kek pisang
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 3/4 gula pasir- suka manis bolehlah letak 1 cawan.
  • 1 cawan marjerin atau butter
  • 3 biji telur-kita guna gred B.
  • 1 setengah cawan tepung naik sendiri
  • 4 biji pisang berangan – lenyekkan

Cara penyediaannya:

1. Satukan gula pasir dengan marjerin. Putarkan sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu-putar sehingga kembang.
3. Masukkan tepung naik sendiri. Putar lagi dan akhir sekali masukkan pisang. Putarkan sekejap. 
4. Masukkan dalam loyang. Loyang sapukan dengan marjerin dulu ye. 😊. Anggaran loyang saiz 8. Loyang bulat pun bolehh. 
5. Hiaskan dengan potongan pisang.
6. Bakar dengan suhu 160°c selama 30 minit. Bergantung oven sendiri.

Siap dah kek pisang. Mudah dan jimat masa. Resepi lain selain Kek Pisang ini juga boleh dibaca dan dicari di blog kami. Pelbagai resepi mudah yang mendapat perkongsian ramai. Selamat membaca dan mencubanya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .