Resepi kek orange sunquick ini sesuai untuk dihidangkan untuk santapan minum petang bersama seisi keluarga. Resepi kek orange ini akan menghasilkan kek yang sangat empuk dan cair dimulut. Pastinya kek ini dapat mengikat selera orang ramai terutamanya anak-anak dan suami.

Kek orange sunquick ini sangat mudah untuk dihasilkan di rumah. Anda hanya memerlukan beberapa bahan sahaja untuk mencuba resepi ini sendiri di rumah. Jika anda mempunyai masa lapang dan suka untuk mencuba resepi baharu jadi resepi ini sangatlah disyorkan untuk anda. Jadi mari kita lihat cara-cara untuk membuat kek orange sunquick yang sangat lazat dan mudah ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Suraya Mohamad Zahir dan telah mendapat banyak like dan komen yang positif.

Resepi Kek Orange Sunquick

kek orange sunquick
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 5 biji telur *
  • 1/2 cawan gula *
  • 1 cawan susu pekat *
  • 1/2 cawan pati oren sunquick *
  • 1 sudu makan Ovalette *
  • 2 sudu makan buttercup *
  • Sedikit pewarna oren / Sunkist elmulca *
  • 2 cawan tepung serbuk penaik
  • 1/2 cawan minyak masak / minyak jagung

Cara – cara:

  1. Ambil pengisar dan masukkann bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Kisar sehingga kembang atau nampak sedikit putih.
  3. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas yg agak-agak muat untuk bahan itu.
  4. Masukkan 2 cawan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga tidak berketul.
  5. Masukkan minyak masak dan gaul sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
  7. Kukuskan selama 45 minit dan tunggu sehigga masak dan siap dihidang untuk minum petang. Resepi ini untuk sekilo ya.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi Kek Orange Sunquick ini,
terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.