Terdapat pelbagai jenis kek yang boleh dibuat oleh kita pada masa sekarang. Namun begitu, tidak semuanya unik dan mudah untuk dilakukan. Adakalanya, resepinya mempunyai bahan yang sukar untuk didapati. Kali ini kami bawakan resepi kek nenas terbalik yang mempunyai rasa yang unik serta cara pembuatannya yang mudah.

Kek ini memerlukan bahan – bahan yang mudah untuk didapati jadi anda tidak perlu gusar untuk mencari bahan tersebut. Resepi ini telah dikongsikan oleh Noraida Ibrahim dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom, mari kita lihat!

Resepi Kek Nenas Terbalik

kek nenas terbalik
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Nenas dlm tin yang bulat 5 keping
  • Ceri 5 biji
  • Gula perang 1 cwn
  • Tpg naik sendiri 2 cwn
  • Air nenas dlm tin 3/4 cwn
  • 1cmt esen vanilla
  • Gula halus 1 cwn
  • Telur gred A atau B 5biji 
  • Butter 250gm jenama Tatura ke Anchor

Cara – cara memasak:

  1. Pada loyang 8 x 8, sapu butter dan susun nenas pada dasar.
  2. Letakkan ceri di tengah – tengah nenas.
  3. Tuangkan gula perang dan tekap pada dasar kemas – kemas.
  4. Pukul butter dan gula sampai kembang. Kemudian, masukkan telur satu per satu dan pukul lagi.
  5. Masukkan vanilla dan teruskan pukul sambil masukkan tepung berselang – seli dengan air nenas sampai habis.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang tadi.
  7. Bakar satu jam atau sehingga masak mengikut oven masing masing.
  8. Apabila sudah masak, telangkupkan pada alas kek.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai jenis resepi yang menarik selain daripada resepi ini untuk anda mencuba. Variasikanlah hidangan anda untuk menarik selera yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa ya untuk kongsikan artikel ini bersama kawan kawan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .