Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, kek coklat dan sebagainya. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Minyak. Bahan dan cara-caranya pun mudah.

Kek Minyak ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai, minum petang bersama teh ‘O’ panas. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat Kek Minyak nih. Cepat dan Mudah. Nak nampak menarik dan tertarik adunkan adunan yang berwarna mengikut kreativiti anda. Senang kan?

Nak lagi senang, cubalah resepi dari Nur Amirah . InsyaAllah sekelip mata dah siap. Yeay.

Resepi Kek Minyak

Resepi Kek Minyak
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 5 biji telur ayam Gred B
  • 1/2 cawan gula
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • Perasa dan pewarna pilihan

Cara-caranya:

  1. Ayak terlebih dahulu tepung gandum bersama baking powder. Ayak minima 2 kali supaya sebati dan tersebar elok. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas masukkan telur bersama gula. Guna mixer tangan atau mesin dan pukul hingga adunan kek minyak gebu. Cara nak tahu, adunan bertukar menjadi putih pucat.
  3. Tambahkan susu pekat, ovalette dan juga esen vanilla. Kacau sekejap dengan mixer barulah tambahkkan minyak jagung. Minyak biasa pun boleh tapi penggunaan minyak sayuran memang buatkan kek bertambah wangi.
  4. Kacau adunan dengan sudip sahaja supaya minyak sebati.
  5. Masukkan adunan dalam 2-3 kali masuk. Tak perlu kacau tapi kaup balik sahaja.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan tambahkan perasa atau pewarna yang anda mahu. Jika perasa, guna 1 sudu teh sahaja manakala pewarna sekadar 2 titik dah cukup.
  7. Alas loyang 8 inci dengan baking paper dan sapukan mentega pada dinding loyang. Baru masukkan adunan secara berselang seli.
  8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 60 minit menggunakan api atas bawah. Jika anda nak kukus, kukus selama 1 jam juga.

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi Kek Minyak, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.