Kek mentega gebu-gebas. Siapa mahu resepi kek paling senang ini? Kali ini kami akan kongsikan resepi kek mentega yang mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Junaidah Osman‎ di laman Facebook.

Resepi ini sungguh senang dibuat. Tahukah anda hanya bermodalkan planta, tepung kek, gula dan telur anda boleh mengahsilkan kek yang sangat enak. Campurkan semua bahan dan bakar. Kalau anda mahu letak warna pun boleh juga. Cukup buat 3 warna mesti jadi cantik.

Kek mentega ini boleh anda buat untuk makan petang-petang minum dengan sirap sangat padu rasanya. Mahu anda hidangkan untuk acara majlis pun boleh juga. Hias mengikut kreativiti anda jadi makin menarik lah kek anda.

Tanpa buang masa, jom buat resepinya. Konfirm anak-anak anda mesti suka kek mentega lazat ini

Resepi Kek Mentega

kek mentega

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan planta,
  • 1 ½ cawan gula (boleh kurangkan sikit),
  • 2 cawan tepung kek,
  • 5 biji telur,
  • Sedikit esen vanila.

Cara-cara :

  1. Mula-mula campur gula dengan planta sampai kembang guna mixer.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sampai kembang juga. (Proses ini agak makan masa sikit. Pergilah buat kerja lain dulu).
  3. Lalu masukkan tepung.
  4. Agak-agak sudah sebati terus masukkan esen vanila.
  5. Sebelum bakar asingkan beberapa bahagian untuk letak beberapa warna yang anda suka. 3 warna berbeza sudah cukup.
  6. Akhir sekali bakar pada suhu 180’C selama 40 minit.

Resep Menarik Lain

Selain resepi kek mentega, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.