Sedapnya kalau boleh makan kek lapis strawberry cheese yang buat sendiri. Pasti terasa puaskan? Keknya yang lembut dengan gabungan rasa strawberry dan cheese. Nak manis ke. Kurang manis ke. nak pekat ke. tak nak pekat ke. Pasti terasa puas sebab kena dengan selera kita.

Resepi yang dikongsi Sarina Sanek ini mendapat perkongsian ramai di laman muka buku. Selamat mencuba resepi yang simple dan mampu milik ini. Senang ja bahan-bahannya. Jom tengok resepinya. Pasti tak menyesal.

Resepi Kek Lapis Strawberry Cheese

resepi kek lapis
Imej via facebook

Bahan-bahannya:

  • 450 gm mentega
  • 250 gm cream cheese
  • 1 sdb ovalet
  • 150 gm gula halus
  • 10 bj telur gred A
  • 1 tin susu pekat (400 gm)
  • 300 gm tepung HK / gandum
  • 100 gm Horlicks
  • 180 gm jem strawberry
  • 1 sdt esen strawberry
  • Sedikit pewarna merah/pink

Cara-caranya:

  1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalet hingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Masukkan susu pekat
  4. Masukkan tepung dan horlicks.
  5. Bila adunan dah sebati, Bahagi kepada 2 bahagian iaitu plain (kosong) dan satu bahagian lagi (masukkan jem + esen strawberry + pewarna)
  6. Bakar berlapis ikut kreativiti sendiri, guna loyang 8×8
  7. Api oven antara 170 atau ikut oven masing-masing
  8. Lapisan pertama api atas bwh
  9. Lapisan kedua dan seterusnya api atas sahaja
  10. Yang terakhir, ON api atas bawah selama 15 minit

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi Kek Lapis Strawberry Cheese, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .