Terdapat pelbagai resepi kek yang menarik yang boleh didapati di internet. Pada hari ini, kami ingin kongsikan resepi kek yang sangat sedap dan menyelerakan yang boleh anda cuba bakar di rumah.

Kita membakar kek sendiri di rumah kerana kita dapat membuat kek yang mengikut selera kita. Jika kita beli, mungkin kek ini terlalu manis atau terlalu mahal. Cara-cara membuat kek ini sangat mudah dan murah. Kek ini juga sesuai jika mahu disediakan pada hujung minggu sambil menonton Netflix bersama seisi keluarga.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Yuniza Yusuff dan telah mendapat banyak like dan komen di Facebook.

Resepi Kek Kelapa Pandan Blender

kek kelapa pandan
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Tepung gandum 2 cawan
  • Santan serbuk 1 paket

Nota: Tepung diayak bersama 1 sudu kecil baking powder dan serbuk santan

  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cawan gula
  • Esen vanila
  • Perisa pandan
  • Pewarna hijau

Cara – cara:

  1. Kisar minyak jagung, gula, telur sehingga kembang
  2. Selepas itu, masukkan esen vanila dan perisa pandan dan terukan blende.
  3. Jika sudah cukup kembang, masukkan bahan blender tadi ke dalam tepung yang diayak bersama serbuk santan
  4. Masukkan ke dalam loyang yang dilumur minyak jagung tadi.
  5. Sebelum itu, panaskan ketuhar dalam 15 minit sebelum membakar.
  6. Bakar kek dalam suhu 140C atas dan bawah selama 45 minit.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi Kek Kelapa Pandan Blender ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.