Kek Gula Hangus merupakan hidangan amat mudah untuk sesiapa sahaja ikuti. Baik bagi yang amatur ataupun yang sudah lama memasak, semua boleh mencuba resepi ini. Rasanya amat lazat dan digemari oleh ramai orang. Dengan bahannya yang mudah untuk didapati, dan cara pembuatannya yang mudah, kini tidak ada alasan lagi untuk tidak membuat kek gula hangus ini.

Hari ini kami bawakan sebuah resepi yang telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif di Facebook. Resepi Kek Gula Hangus ini telah dikongsikan oleh Mahyuni Binti Mahmud di laman Facebooknya. Jom kita tengok!

Resepi Kek Gula Hangus

kek gula hangus
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan gula
  • 1 1/4 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu butter/planta
  • 1 sudu teh bicarbonat
  • 1cawan gandum (ayak bersama bicarbonat)
  • Telur 4/5 biji (saiz A/B guna 4 biji, saiz C guna 5 biji)
  • 1 penutup esen vanila

Bagi Cik Yuni, beliau tidak suka manis, kalau sukakan anda sukakan manis, bolehlah ditambah susu pekat 1 cawan.

Cara – cara memasak:

  1. Masak gula dengan api perlahan.
  2. Apabila sudah cair masukkan air panas (perlahan – lahan bagi elakkan terpercik)
  3. Masukkan butter. Kemudian, sejukkan.
  4. Campurkan susu sekejap dan asingkan.
  5. Selepas itu, campurkan pula telur dengan air gula tadi sehingga sekadar sebati (awas: jangan over mix!)
  6. Masukkan susu tadi, esen vanilla dan akhir sekali, tepung gandum.
  7. Perapkan selama satu ke dua jam.
  8. Sapu planta sekeliling loyang, tuang adunan, bakar api atas bawah suhu 180 mengikut oven masing masing.
  9. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Pelbagai lagi resepi yang boleh didapati di dalam Bidadari.my! Jangan lupa untuk discover dengan lebih mendalam bagi mendapatkan resepi dan macam macam lagi Sehingga berjumpa lagi nanti!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.