Terliurnya tengok gambar-gambar orang makan kek coklat moist. Nampak lembap dan sedap. Nak beli takut tak puas makan lah pula. Apa kata buat sendiri untuk makan sendiri dengan ahli keluarga. Ada kek coklat moist bakar, ada kek coklat moist kukus. Kedua-duanya pun sedap.

Kek Coklat Moist Kukus merupakan antara kek coklat yang digemari ramai kerana rasa ‘moist’ nya lebih berbanding kek coklat moist yang dibakar. Saat merasai rasa coklat cair bersama kek yang ‘moist’ itu mampu membuatkan kita terasa oh indahnya dunia.

Tapi itulah, sebenarnya susah juga nak dapatkan kek coklat moist yang lembap dan cantik elok terletak. InsyaAllah dengan perkongsian resepi dari Kak Iza Kitchen‎ ini , anda boleh merasai kek coklat moist yang lembap dan sedap seperti yang dijual. Bolehlah tayang gambar-gambar kek coklat moist kukus yang menjadi tuh.

Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Resepi Kek Coklat Moist Kukus
Imej via Facebook

Bahan A: Blend atau Mixer

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur
  • Sedikit assent vanilla, tak ada pun takpe
  • Secubit garam untuk untuk lebih lemak

Bahan B: Tepung gula

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikabonat soda
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan C: Topping

  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 1/2 susu pekat ikutlah nak Manis letak lagi
  • 1/2 cawan minyak

Cara-caranya:

  1. Blend atau Mixer kesemua Bahan A.
  2. Campurkan kesemua Bahan B sehingga rata.
  3. Kemudian, campurkan campuran Bahan A dan campuran Bahan B.
  4. Kacau adunan tersebut sehingga rata.
  5. Sapukan marjerin pada acuan dan masukkan adunan yang sudah sebati ke dalam acuan tersebut.
  6. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit.
  7. Bagi topping pula, masakkan kesemua Bahan C secara double boiled (tidak masak secara terus dengan api).
  8. Setelah kek dan topping sejuk, barulah topping dituang ke atas kek.

Selain daripada resepi Kek Coklat Moist Kukus, terdapat juga resepi sedap dan mudah yang lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.