Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, dan sebagainya. Sedapnya kalau dapat makan kek coklat. Rasa coklatnya boleh buat kita gembira selalu kot. dari mood sedih boleh tukar ke mood happy. Tapi kan selalu sangat dah makan kek coklat moist. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Coklat Karamel. Lain sikit.

Jom tengok resepi dari ‎Princess Scha Zura. Selamat mencuba.

Resepi Kek Coklat Karamel

Resepi kek Coklat Karamel
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

Bahan A : Karamel

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanila…

Bahan B: lapisan kek coklat

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula (ikut tahap manis masing-masing)
  • 1 cawan serbuk koko..

Bahan C: Bahan untuk di ayak

1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan D: Bahan lain yang diperlukan

  • 2 sudu besar gula
  • 4 biji telur

Cara-caranya:

  1. Mulakan dengan 2 sudu besar gula di cairkan di dalam loyang atas api yg perlahan. Ratakan dan sejukkan.
  2. Putar Bahan A sehingga sebati. Kemudian, tuangkan ke dalam loyang tadi. Kemudian, kukuskan selama 20-25 minit. Sejukkan.
  3. Untuk membuat lapisan coklat, masukkan kesemua Bahan B ke dalam periuk. Kacau hingga sebati di atas api yg perlahan selama 3-4 minit.
  4. Dalam bekas yang lain, kisarkan 4 biji telur.
  5. Ayakkan kesemua Bahan C dan masukkan bahan yang telah siap diayak ke dalam adunan coklat. Selang seli dengan telur yang telah dikisar tadi. Kemudian, kacau hingga sebati.
  6. Kemudian, tuangkkan adunan lapisan coklat ini ke atas karamel menggunakan senduk.
  7. Seterusnya, kukus selama 45 – 60 minit. Atau kukus hingga masak. Boleh guna lidi. kalau tak melekat maksudnya sudah masak.

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi Kek Coklat Karamel, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.