Kali ini kami bawakan sebuah resepi yang unik dan boleh divariasikan oleh anda sendiri.

Selalu sahaja kita mencari resepi yang boleh diubah suai mengikut citarasa kita bukan? Akan tetapi, untuk menukar resepi tersebut perlukan keberanian dan juga anda perlu mengambil risiko. Buat mereka yang bukan risk taker, pasti susah untuk anda mengubahsuai sesebuah resepi.

Hari ini, kami akan kongsikan sebuah resepi kek cheese pelbagai perisa yang telah dikongsikan oleh Roziati Mdali di Facebook. Resepi ini telah hangat di Facebook kerana hasilnya yang memuaskan. Anda juga boleh mengubah perisa resepi ini. Unik kan? Jadi anda tak perlu lagi risau kek ini tak jadi atau tak mendapat rasa yang sedap.

Resepi ini juga menggunakan bahan – bahan yang mudah untuk didapati dan sekiranya anda bukan seorang baker pun tidak menjadi masalah. Apa tunggu lagi, jom check it out!

Resepi Kek Cheese Pelbagai Perisa

kek cheese
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 5 biji telur
  • 1sdb ovellate
  • 1 cwn gula halus
  • 2 cwn tepung gandum (ayak)
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt soda bicabonat
  • 5 sdb minyak masak
  • Perisa vanila/bluberry/strawberry/pandan emulco dan sbagainya
  • Pewarna

Topping Cheese:

  • 250 gram cheese
  • 1/2 cawan susu pekat

Cara – cara penyediannya:

  1. Putar telur, gula, ovellate, perisa dan pewarna sampai kembang.
  2. Matikan pengisar kemudian masukkan minyak dan kacau sebati.
  3. Masukkan tepung, soda dan baking powder kacau sebati.
  4. Kukus selama 45 minit atau bakar. Suhu oven boleh ditetapkan kepada 160 dan bakar selama 50 minit kukus api atas dan bawah.
  5. Sejukkan kek dan toppingkan.

Topping Cheese:

  1. Putar sebati 250 gram cheese dan masukkan 1/2 cawan susu cair atau whipping cream dairy.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang – alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.