Terliurnya tengok gambar-gambar orang makan Kek Butter Susu. Nampak lembap dan sedap. Nak beli takut tak puas makan lah pula. Apa kata buat sendiri untuk makan sendiri dengan ahli keluarga. Boleh juga kalau nak menjamu tetamu yang datang.

Kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Kek Butter Susu nih agak popular juga di kalangan orang ramai. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan kek, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan.

Sesiapa pun boleh cuba membuat Kek Butter Susu menggunakan resepi dari Normilawati Nordin. Walaupun untuk ‘first timer’. Jangan risau! Resepinya sangat mudah kerana menggunakan sukatan yang tepat iaitu sukatan cawan. Tak de main agak-agak.

Resepi Kek Butter Susu Sukatan Cawan

Resepi Kek Butter Susu Sukatan Cawan
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung jagung 3 sudu
  • Telur gred A 5 biji
  • Ovelett 1 sudu besar 
  • Gula 3/4 cawan
  • Susu segar 1/3 cawan
  • Susu tepung 3 sudu
  • Secubit garam
  • Butter brand anchor yang dicair 1/2 cawan
  • Esen vanila 1 sudu besar

Cara-caranya:

  1. Putar kesemua bahan-bahan di atas kecuali butter cair. Putar sehingga gebu dan ringan.
  2. Kemudian, tuangkan butter cair dan pakai spatula gaul kaup balik sehingga sebati semua adunan.
  3. Alas loyang dengan paper baking.
  4. Kemudian, tuangkan adunan dan hentak sedikit supaya lebih padat.
  5. Bakar adunan tersebut pada suhu 150 C selama 40 minit atau sehingga masak.

Nota kaki:

  • Butter dicairkan dahulu, kemudian baru disukat kepada 1/2 cawan ya.
  • Butter boleh diganti dengan minyak jagung, marjerin yg dicairkan atau buttercup biasa.
  • Kalau dah semua pun tiada, boleh sahaja gantikan dengan minyak masak. Cuma kalau pakai butter kek akan wangi dan sedap sangat-sangat.

Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kek Butter Susu Sukatan Cawan ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.