Terdapat pelbagai jenis kek yang menjadi kegemaran orang ramai. Antaranya kek minyak, kek span, kek cheese, kek buah dan sebagainya. Cara nak buat pun tak susah. Hanya campurkan bahan-bahan yang diperlukan dan dibakar di dalam ketuhar. Tunggu jer dia masak.

Jadi untuk entri kali ini jom kita fokus kepada menu atau resepi kek buah. Resepi kek lain? Jangan risau, sekiranya inginkan resepi kek mudah dan sedap yang lain, ada disertakan link atau pautan di akhir entri ataupun anda boleh jer taip di bahagian carian resepi kek.

Berbalik kepada kek buah tadi, resepi yang kami kongsikan ini merupakan resepi dari Aya Suraya yang mendapat perkongsian ramai di laman Facebook. Cara yang diberikan amat mudah dan senang untuk diikuti. Jom ikuti resepi beliau. Apa-apa pun jangan lupa buah-buah keringnya ya.. dah nama pun kek buah. Selamat mencuba.

Resepi Kek Buah

Resepi kek buah
Imej via facebook

Bahan-bahannya:

  • 1 ketul pure butter anchor/scs/lupark/la bella
  • 170gm Gula Perang
  • 4 biji telur Gred A @ 5biji gred B
  • 1 sudu esen vanila
  • 2 Sudu sunquic oren
  • 1 sdt baking powder*
  • 1 sdt soda bikabonat*
  • 230 gm tepung gandum cap bunga ros*
  • 250 gm buah campur+ campur dengan 2 sudu tepung gandum yg ditimbang tadi.

Cara-caranya:

  1. Mix butter dan gula perang sampai gebu, gebu means dia betukar warna
  2. Masukan telur satu persatu, kena sabar masukan satu putar, masukan satu putar. Sampai habis.
  3. Masukkan esen vanila dan sunquick sekali gus, pukul bagi rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak secara kaup balik, masukkan sikit2 sampai abis.
  5. Kemudian masukkan buah campur tadi.
  6. Gaul sebati. Tinggalkan sikit untuk di tabur dekat atas.
  7. Bakar pada suhu 140 darjah selama 45 minit atau sehingga masak.

Tips:

  • Buah kena gaul dengan tepung gandum sebab tak nak bagi buah mendap kat bawah tau.
  • Ada beza kalau guna pure butter dan majerin macam buttercup or majerin pelangi. Rasa dia tak sama, tapi citarasa orang berbeza. Boleh tukar ikut selera masing-masing. 
  • Kalau pakai tepung naik sendiri boleh skip baking powder dan soda bikabonat.
  • Lebih mudah pakai tepung naik sendiri.

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi Kek Buah ini, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.