Jom cuba resepi kek batik sukatan cawan ini.

Teringin membuat kek batik senang dan sukatan yang mudah?

Kami berkongsi kepada anda resepi kek batik hanya menggunakan sukatan cawan. Tampak senang kan? Memang pun. Lagi mudah untuk anda yang memiliki kendala dalam menimbang bahan-bahan memasak.

Resepi perkongsian daripada ‎Fatimah Ali‎ di Facebook ini mendapat perkongsian sangat ramai kerana ianya mudah dilakukan. Hanya menggunakan sukatan cawan, tak perlu timbang lagi. Rasanya sedap pun gerenti sangat memuaskan.

Tanpa buang masa, jom tengok resepi di bawah ini. Buat kek batik lazat hidangkan kepada keluarga ataupun tetamu. Selamat mencuba.

Resepi Kek Batik Sukatan Cawan

kek batik sukatan cawan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gm Butter/Margerin
  • Biskut Marie 600 gm (2 paket)
  • Milo 1 cawan
  • Serbuk Koko 1 cawan
  • Nestum 1 cawan
  • Telur 3 biji
  • Susu pekat 1 cawan
  • Air 1 cawan

Cara-cara :

  1. Biskut Marie dipatah-patahkan.
  2. Cairkan Butter dalam kuali.
  3. Bila sudah cair masukkan Milo, serbuk koko dan susu.
  4. Kemudian kacau pekat sedikit
  5. Kemudian masukkan telur dan air. Kacau lagi sampai pekat.
  6. Tutup api dan masukkan nestum.
  7. Masukkan biskut marie. Kacau rata.
  8. Alaskan loyang atau bekas dengan plastik.
  9. Masukkan adunan biskut marie tadi.
  10. Tekan bagi padat.
  11. Sejukkan dalam peti.
  12. Potong dan hidangkan.

Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek batik sukatan cawan, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.