Terasa nak makan kek tetapi oven takde. Boleh cuba buat kek batik. Caranya mudah jer dan tak leceh. Campur-campur, kacau-kacau dah siap. Kek batik ni walaupun mudah nak buat tapi rasanya boleh berlainan tau. Bergantung kepada bahan yang kita gunakan. Ada sesetengah guna milo, ada sesetengah guna serbuk koko, ada sesetengah gabungkan milo dan koko. Ada guna susu pekat, ada yang guna susu segar.

Bagi yang nak cuba buat kek batik tetapi belum jumpa resepi ikut sukatan, bolehlah cuba resepi dari sis Mya Ja’amat . Ada anggaran dan sukatan. Selamat mencuba.

Resepi Kek Batik

resepi kek batik
Imej via facebook

Bahan bahan :

  • 8 sudu besar milo
  • 8 sudu besar serbuk koko
  • 6 sudu besar nestum original
  • 1 buku butter brand Anchor
  • 1 tin susu pekat ( kalo tak suka manis boleh jadikan setengah tin je. Tapi ni sebab ada serbuk koko so rasa dia just nice.
  • Secubit garam
  • Nescafe satu sudu kecik (Pilihan. Tak letak pun takpe. Fungsi dia nak bagi rasa coklat tu lagi kuat)
  • 1 plastik Biskut Marie Original (cap ping pong) – Yang ni pecah pecah ikut suka

Cara caranya : 

  1. Cairkan butter dalam kuali ke periuk ke. Ikut koranglah nak masak ni dalam apa. Yang penting kene masak atas api. Api sederhana.
  2. Butter dah cair kan, masukkan susu pekat dan kacau. Tak perlu kacau lama pun.
  3. Kemudian, masukkan milo dan kacau lagi. Masukkan pula serbuk koko. Kacau lagi dan agak agak dia jadi pekat sangat tuang sikit susu segar.
  4. Kemudian, masukkan nestum, garam sikit. Kacau lagi secukup rasa dan likat.
  5. Kemudian, tuang kan biskut marie yang dipatah-patahkan tu. Gaul sehingga rata.
  6. Tuang dalam loyang. Rata rata kan. Ketepikan. Siap dah.
  7. Akhir sekali, sejukkan lagi dalam peti. Sejukkan semalaman dalam peti.

Nota kaki : Sukatan itu adalah guideline je tau. Jadi ikut lah nak tambah berapa banyak. Nak kurangkan berapa banyak. Ikut selera masing-masing. Yang tak suka manis boleh lebihkan koko, kurangkan susu pekat.

Selain resepi kek batik, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .