Kuih muih sangat digemari oleh masyarakat kita terutamanya jika dihidang di waktu petang, di majlis keraian ataupun ada juga yang menjadikannya sebagi hobi di masa lapang. Kalau hobi tu memang suka masak kuih, memang untunglah ahli keluarga anda boleh selalu makan kuih muih yang sedap-sedap. Yang lagi best, siap boleh jadikan bisnes lagi, bolehlah tambah duit poket kan.

Anda suka makan apam susu? Haa biasanya kaalu sebut je apam, mesti terbayang akan kelembutan dan kegebuan kuih tu kan. Sebab memang apam ni sangat lah gebu dan sedap sangat apabila dimakan. Habis satu, pasti nak tambah lagi. Ia tidak muak seperti kek yang lain. Kalau kek yang biasa tu, makan satu slice pun dah tak nak dah sebab cepat muak kan.

Apa yang menjadikan apam ini lembut dan gebu adalah kerana penggunaan telur yang banyak dan juga peranan ovalette yang penting untuk memastikan tekstur apam itu tidak lembik walaupun banyak telur yang digunakan. Senang cerita, ikut jelah resepi yang ada supaya apam yang dihasilkan menjadi lembut, gebu dan sedap dimakan. Dan satu lagi, time nk pukul or blend bahan tu, pastikan ianya betul-betul kembang agar teksturnya nanti naik tinggi apabila dimasak.

Resepi apam susu kali ini adalah dari saudari Rosmini Rozi yang telah sudi berkongsi resepinya di Facebook. Dengan resepi ini, anda boleh menghasilkan dua biji kek apam susu yang lazat, lembut dan gebu. Selamat mencuba ya!

Resepi Kek Apam Susu

Apam Susu

Image via Facebook

Bahan-bahan:

4 biji telur gred A/B
4 sudu besar susu pekat
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tidak suka manis sgt)
1 sudu the kecil esen vanilla/esen pisang/esen rose
1 sudu besar Ovelette
2 cawan tepung gandum (diayak)
Pewarna

Cara Penyediaan:

(1) Blend telur, susu, esen vanilla, dan ovelette sampai kembang sehingga bewarna putih.
(2) Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yg diayak tadi dan kacau sehingga sebati.
(3) Asingkan 3 ke 4 bekas dan warnakan ikut warna kesukaan
(4) Masukan dlm loyang secara selang seli utk mendapatkan corak seperti di dalam gambar.
(5) Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Kemudian kukus selama 40 minit atau sehingga masak.

*Jgn lupa sapukan marjerin/minyak pada loyang untuk mengelakkan kek melekat pada acuan.
* Yang penting pukul telur, gula,susu dan ovalette betul-betul kembang sehingga berwarna putih.
* Teknik kukus main peranan juga untuk wap yang sekata.
* Sebelum kek dimasukkan ke dalam kukusan, hentak sikit acuannya supaya tiada lubang-lubang besar yg terjadi pada keknya nanti.

Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi yang semuanya sedap-sedap dan wajib anda cuba! Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti nak tahu lagi kan. Haa jangan lupa untuk LIKE dan SHARE sekali ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.