Wahhh. Mesti ramai yang suka makan karipap rangup yang panas-panas kan. tambah-tambah sekarang dah ada macam-macam jenis inti karipap. Ada inti kentang, ayam, daging, sardin, telur dan lain-lain lagi. Walaupun ada pelbagai jenis karipap, inti kentang yang ada rasa rempah kari masih lagi popular di kalangan penggemar karipap.

Rasa rempah karinya yang ada sedikit pedas bersama ubi kentang yang lembut sangat sesuai untuk digabungkan dengan ayam atau daging. Inti karipap ini akan bertambah sedap kalau kita buat sendiri kat rumah. Almaklumlah boleh isi ayam/daging dalam kuaniti yang banyak. Lagilah terasa sedap intinya.

Rasa inti yang sedap haruslah di ‘balance’ kan dengan kulit karipapnya yang ohsem. Barulah lagi sedap. Jom tengok resepi karipap rangup dari facebook Assalammualaikum Hai Saya Reen. Resepinya mudah untuk difahami dan diikuti. Jom!!

Resepi Karipap Rangup

Resepi karipap rangup
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

Bahan A: Bahan doh karipap

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 senduk besar minyak masak dipanaskan
  • Air yg dibancuh dgn 1 sudu kecil garam

Bahan B: Bahan inti karipap

  • 4 biji kentang dikupas kulit dan dibersihkan (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang besar
  • 1 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar serbuk kari 
  • garam dan perasa scukupnya

Cara-cara penyediaan doh karipap:

  1. Campurkan minyak ke dalam tepung dan gaul guna sudu.
  2. Apabila dah agak suam, gaul guna tangan hingga jadi berderai seperti serbuk roti.
  3. Campurkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tak melekat di tangan,pastikan doh tak terlalu lembut atau terlalu keras.

Cara-cara penyediaan inti karipap:

Resepi Inti Karipap
Imej via Facebook
  1. 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang besar dan 1 sudu besar udang kering ditumbuk.
  2. Panaskan sdikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
  3. Kemudian, masukkan serbuk kari dan kacau hingga pecah minyak
  4. Kemudian, masukkan kentang dan gaul sekejap dan masukkan air hingga tenggelam kentang.
  5. Biarkan mendidih dan masukkan garam dan perasa secukupnya.
  6. Masak inti hingga kering dan kentang empuk.
  7. Apabila dah hampir kering, kecikkan api dan kacau selalu supaya tak hangus bawahnya.
  8. Dah kering, angkat dan sejukkan. Sedia digunakan untuk dijadikan inti karipap.

Cara membuat dan menggoreng karipap:

  1. Bulatkan doh, canai nipis, letakkan inti dan kelim hingga kemas.
  2. Goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas. Api sederhana besar. Goreng sehingga nampak rangup.

Dah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Selain resepi Karipap Rangup nih, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .