Hari ini kami akan berkongsikan resepi kari udang ala India. Yang selalunya kita cuba masak biasanya berbentuk sambal sahaja.  Mak-mak boleh cuba variasi resepi udang masakan ini pula.

Kari India sememangnya terkenal lazat lemaknya. Perpaduan rempah kari yang sedap, rasa udang segar dan lemak kuah kari mencipta bau yang sedap amat.

Makan kari udang sebagai lauk untuk berbuka bagi yang berpuasa. Ditemankan dengan nasi putih panas-panas. Puas makan dan menyelerakan.

Anjali Ragu berkongsikan resepi kari udang di Facebook. Lazat dan patut cuba. Selamat mencuba.

Resepi Kari Udang Ala India

kari udang Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang besar 1,
  • Halia saiz kecil,
  • Bawang putih 5 atau 6 ulas (diblend),
  • Biji sawi 1 sudu (diblend),
  • Jintan putih 1 sudu (diblend),
  • Jintan manis 2 sudu (diblend),
  • Alba ½ sudu (diblend),
  • Coriander,
  • Rempah biji 4 ½ sudu (diblend),
  • Kelapa setengah biji (diblend),
  • Cili kering 4 atau 5 (diblend),
  • Serbuk kunyit satu sudu (diblend),
  • Tomato,
  • Daun kari.

Cara-cara :

  1. Mula-mula blend bawang besar, halia, bawang putih dan cili hijau dulu.
  2. Kemudian masukkan kelapa, biji sawi, jintan putih, jintan manis, alba, rempah biji, cili kering, serbuk kunyit.
  3. Lalu masukkan sedikit air dan blend.
  4. Panaskan minyak dan tumis sedikit biji sawi.
    Masukkan tomato dan daun kari. Tumis dan masak sampai tomato hancur.
    Masukkan paste yang diblend tadi. Pastikan paste masak lebih kurang 10 minit.
    Sediakn air asam jawa ikut sukatan masing-masing.
    Campurkan air asam jawa dan gaulkan.
    Campur sedikit serbuk cili.
    Masukkan udang yang dicuci bersih ke dalam kuali.
    Masukkan air sedikit dan biarkan 10 minit sampai udang betul-betul masak.
    Letak garam dan masukkan daun kari.
    Siap dihidang.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.