Resepi Kari Ayam Minang (Terangkat, Padu dan Sedap!)

 

Anda pernah cuba resepi kari ayam minang? Tak pernah dengar? Jangan risau. Hari ini kami akan berkongsi resepi yang memang dijamin meletop!

Masakan Minang ini memang terkenal dengan kepedasannya. Kalau anda berani dan tahan pedas, cubalah sendiri. Baru anda tahu pedas atau tak pedas.

Resepi Kari Ayam Minang

Resepi Kari Minang

Imej via Facebook

Asal tanya anak anak, ayam nak masak kari ke or kari minang? Jawapan dia orang mesti kari minang. Sebab kari minang ni lebih pedas dan wangi dengan aroma daun limau purut. Memang pebret anak anak akak.

Ok. Kat sini akak share resepi cara akak dan citarasa akak kalau ada yang rasa nak cuba. Silakan. Kalau rasa tak kena dengan cara, abaikan ya

Bahan bahan

  • 1 ekor ayam
  • 20 tangkai cili padi (kalau nak pedas kaw boleh tambah lagi)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 camt serbuk kunyit

Nota : Mesin semua bahan ni

  • 1 peket kecik rempah kari daging (bancuh dengan air)
  • [email protected] biji kentang(belah 4)
  • [email protected] helai daun limau purut
  • 2 batang serai-ketuk
  • 1 kotak santan 200 ml
  • 3 keping asam keping
  • garam perasa dan sedikit gula

Cara cara Memasak

  1. Tumis bahan mesin hingga naik bau
  2. Masukkan daun limau dan serai
  3. Masukkan rempah kari daging dan tumis sampai garing
  4. Masukkan 2 gelas air
  5. Masukkan ayam dan kentang
  6. Masukkan asam keping, garam gula dan perasa
  7. Masak hingga ayam dan kentang empuk
  8. Akhir sekali masukkan santan

Selamat Mencuba

Resepi Lain Yang Menarik

Selain resepi kari ayam minang, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Mazliza Ahmad

Rajin berkongsi tentang resepi masakan yang menarik. Banyak resepi yang dikongsikan beliau viral di internet. Boleh dihubungi di Facebook

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!