Kali ini kami akan berkongsikan resepi sayur kalian ikan masin. Sayur kailan sedap dimasak tumis, goreng, sup, tumis pedas dan lain-lain.

Ramai orang kami pasti suka masak kailan goreng ikan masin. Rasa ikan masin yang tajam melengkapi rasa kailan yang simple sehingganya sayur kailan ikan masin terasa amat membangkitkan selera.

Kailan ikan masin sedap dimakan dengan nasi putih. Jika ingin pedas, boleh bubuh cili padi mengikut selera.

Di bawah ini kami kongsikan resepi kailan yang telah dikongsikan oleh Julianna Mariska‎ di laman Facebook. selamat mencuba.

Resepi Kailan Ikan Masin

kailan ikan masin

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Satu ketul ikan masin (potong sederhana kecil),
  • Sayur kailan,
  • 2 ulas bawang merah (dihiris halus),
  • 1 ulas bawang putih (diketuk),
  • 1 sudu besar sos tiram/gula,
  • ½ cawan air masak,
  • Limau nipis,
  • Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan masin sehingga garing. Ketepikan.
  2. Masukan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan sos tiram dan juga air masak dan gula sedikit.
  4. Masukan sayur kailan dan ikan masin. Goreng sehingga sayur sedikit layu.
  5. Angkat selepas sayur kailan jadi hijau layu.
  6. Perahkan sedikit limau nipis.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kailan ikan masin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.