Mungkin sebahagian orang terbiasa dengan kerabu manga, kerabu timun dan lain-lain. Tapi pernahkah anda cuba resepi kerabu kacang panjang?

Sedap rasa kerabu kacang panjang. Saya Lieynda berkongsikan resepi kerabu kacang panjang di Facebook. cara mudah buat kerabu kacang panjang. Kacang panjang dihiris kecil-kecil. Jika ingin banyak boleh dicampur dengan sedikit kubis.

Macam kerabu biasa, kerabu kacang panjang dibuat dengan mencampurkan kacang panjang dengan ikan, bawang, halia dan lada yang dihancurkan. Kacang pula mentah tidak perlu direbus dulu.

Jom buat resepi kerabu kacang panjang dengan resepi di bawah. Makan dengan nasi panas-panas memang tidak sedar makan bertambah. Resepi untuk sukatan makan 2-3 orang sahaja. Selamat mencuba.

Resepi Kerabu Kacang Panjang

kerabu kacang panjang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kacang panjang (dipotong kecik),
  • Sedikit kubis (dihiris halus).
  • Ikan selayang/sardin rebus (3ekor),
  • Bawang merah 4 ulas,
  • Bawang putih 3 ulas,
  • Seinci halia,
  • Sedikit lada hitam,

Cara-cara :

  1. Kacang panjang dipotong kecil-kecil. Letak dalam bekas.

    kerabu kacang panjang

    Imej via Facebook

  2. Blend kesemua bahan kecuali kacang dan kubis.
  3. Masukkan ke dalam bekas kacang panjang.
  4. Masukkan garam, gula dan perasa tambahan.
  5. Kacau dan masukkan kelapa goreng yang sudah ditumbuk.
  6. Masukkan santan ½ kotak.
  7. Letak cili sedikit kalau suka pedas.
  8. Letakkan perahan limau nipis/lemon dalam kerabu tadi.
  9. Kacau dan masukkan dalam peti.
  10. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kerabu kacang panjang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.