Jom minum jus lega sebelum tidur! Berkhasiat dan minuman semulajadi yang lebih diyakini berbanding produk luar sana.

Senang buat sendiri untuk anda, ibu dan suami. Sihat dan jimat.

Jus lega elok untuk menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Serta menyingkirkan toksin dalam badan. Dikatakan dapat menurunkan darah tinggi. Serta menyembuhkan gout dan membuang angin dalam badan. Melawaskan penghadaman. Ianya dapat melancarkan perjalanan darah. Mampu menurunkan berat badan. Menurunkan bacaan gula untuk diabetes dan kaya dengan vitamin C.

Semua orang mesti ingin hidup sihat bukan? Jangan buang masa mari cuba resepi jus lega sekarang. Resepi jus lega didatangkan daripada Fauziah Yahya‎ di laman Facebook.

Resepi Jus Lega Sihat

jus lega

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan halia,
  • 1 cawan bawang putih,
  • 1 cawan lemon,
  • 1 cawan cuka epal,
  • 3 cawan air,
  • Madu.

    jus lega

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Blender semua bahan-bahan tadi dengan 1cawan air.
  2. Jika sudah siap blender, masak semua bahan.
  3. Campur sekali cuka epal dan 2 cawan air.
  4. Masak selama 1 jam.
  5. Sejukkan kemudian masukkan madu 2 cawan.

Cara Minum :

  • 2 sudu besar pagi dan malam (goncang sebelum minum).

Resepi Menarik Lain

Selain resepi jus lega, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.