Mencari resepi jejari roti goreng yang menarik? Idea menggoreng roti dengan tepung bestari telah dicadangkan oleh ‎Yusreena Said Yusz‎ di laman Facebook. Sedap yakmat patutlah viral sana sini.

Makanan ini boleh dijadikan makanan ringan untuk petang-petang. Boleh juga jadi kudapan untuk anda yang sibuk bekerja. Malah juga kanak-kanak tidak dinafikan amat suka makanan ini kerana ia amat menarik.

Roti yang lembut bersalut tepung apabila digoreng akan jadi garing di luar. Makanan ini paling sedap dimakan dengan sos cili ‘krup krap!!’ rasanya dan wanginya amat merangsang selera. Sila cubakan resepi paling mudah hanya dengan 2 bahan.

Resepi Jejari Roti Salut Tepung Bestari

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Roti Potong,
  • Tepung Bestari.

Cara-cara :

  1. Potong roti macam jejari.
  2. Asingkan tepung Bestari dalam 2 bekas. 1 bekas bancuh dengan air (agak cair), 1 bekas tuang tepung kering sahaja.

    Imej via Facebook

  3. Celup roti jejari ke dalam bancuan tepung basah dahulu baru kemudian salut dengan tepung kering.
  4. Goreng roti sehingga garing.

Resepi Menarik Lain

Suka resepi jejari roti goreng ini? Kami turut menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, silalah baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.