Wahhh. Mesti ramai yang suka makan karipap panas-panas kan. tambah-tambah sekarang dah ada macam-macam jenis inti karipap. Ada inti kentang, ayam, daging, sardin, telur dan lain-lain lagi. Walaupun ada pelbagai jenis karipap, inti kentang yang ada rasa rempah kari masih lagi popular di kalangan penggemar karipap.

Rasa rempah karinya yang ada sedikit pedas bersama ubi kentang yang lembut sangat sesuai untuk digabungkan dengan ayam atau daging. Inti karipap ini akan bertambah sedap kalau kita buat sendiri kat rumah. Almaklumlah boleh isi ayam/daging dalam kuaniti yang banyak. Lagilah terasa sedap intinya.

Rasa inti yang sedap haruslah di ‘balance’ kan dengan kulit karipapnya yang ohsem. Barulah lagi sedap. Tapi apa kata jom tengok resepi inti karipapnya dahulu. Resepi dari Ogy Ahmad mudah untuk difahami dan diikuti. Jom cuba resepinya.

Resepi Inti Karipap

Resepi Inti Karipap
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 3 biji ubi kentang (potong dadu) 
  • 1 keping dada ayam (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 sudu udang kering/ikan bilis (ditumbuk) 
  • 1/2 bungkus kecil rempah kari daging/ikan
  • 2 sudu cili kisar
  • Daun sop n bawang di potong2
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

  • Panaskan minyak ( jangan terlalu banyak)
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak.
  • Masukkn rempah kari yg dicampur sedikit air dan kacau.
  • Masukkan udang kering/ikan bilis
  • Kemudian masukkan ayam kacau sehingga ayam separuh masak dan baru masukkn kentang dengan 5 cawan air. Kalau rasa kentang masih kurang empuk, tambahkn air sedikit lagi.
  • Masak sehingga agak pekat dan baru masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Bila dah betul masak dan pekat masukkan daun sup dan daun bawang.

Dah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Jadi, dah boleh tengok resepi kulit karipap pula. Selain resepi Inti Karipap nih, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.